Thursday, 18 August 2011

Menjelang aidilfitri

Alhamdullilah..hari ne dha masuk hari ke-18 umat Islam berpuasa. So far, puasa aku berjalan lancar. Iftar hari ne ngan Farah, my officemate..kami dating berdua jer...heheeeheh...thanks farah coz sudi teman berbuka. Macam biasalah..asal berbuka jer perut aku menjerit kesakitan..xleh nak makan sikit mmg akan sakit...orang lain berbuka relaks jer aku tgk...xda sakit pew....ujian Allah kepada hambaNya yang hina ini. Tapi aku bersyukur dpt meneruskan suruhanNya. Cakap pasal nak menjelang aidilfitri ne...stesen2 radio dah rancak dah pasang lagu2 raya..kat office pun lebih kurang gaklah..aku pun layan jugak kat pc office..heheheh..biasalah amik mood nak raya...persiapan raya? arrrghh...ermmmm...ermmmmm..kejap2 kenapa tahun ne aku raya tak beria sagt nak buat persiapan? baju raya? ingat aku xnak beli dah..tapi memandangkan kakak aku kahwin lak time raya ne..and kena lak ikut tema..adoi, so terpaksalah aku beli baju melayu baru....itu jer kot persiapan aku tahun ne..yang lain2 xdalah nak beli kot..seyes..aku cuma tak sabar jer nak balik kampung coz dah lama sgt tak balik...apa lagi ek? rasanya itu jer kot aku nak citer hari..okay jumpa lagi.

Monday, 15 August 2011

Be strong....think out of box

Today meeting editors with management. Nampaknya percapaian kerja aku harus dipertingkatkan lagi. Trust me...belive me..give me a chance to changes everything. I'll start for good future. Now need to plan a good ideas..so, 1st thing build up a storng team..work as a team and always do thing out of box....

Sunday, 7 August 2011

Mengapa penting cuci muka?

Ha! korang rasa kenapa kaum Adam pun patut cuci muka atau wajah setiap hari? Malas2 korang nak jaga penampilan sekalipun, tiap pagi n sebelum masuk tidur tu cucilah muka. Bukan apa2, kalau tidur malam minyak kat muka keluar..minyak2 ne akan melekat kat muka kalau tak cuci. Lama2 berkumpul kat dalam liang2 roma.sebab tu lah muka akan keluar jerawat.Muka akan nampak kusam dan paling ketara berminyak dan kotor. Kalau rajin cuci muka, sekurang2nya korang tak lah nampak selekeh. Sekarang kat farmasi n kedai banyak kot pencuci muka untuk lelaki. So pilih saje jenama apa korang nak. Mahal murah terpulang. Tapi satu nasihat yang korang kena tahu. Produk pencuci muka tu biar sesuai dengan kulit korang lah. Jangan ikut suka je nak pakai. Kalau muka jenis berjerawat and berminyak tu, jangan pakai pencuci muka yang banyak buih, yang jenis kulit kering pulak pakai pencuci yang ada pelembap. Kulit sensitif kalau boleh dapatkan syor daripada doktor pakar kulit, sebab salah pilih pencuci muka, maka makin teruklah masalah yang korang hadapi. Ingat yer, kulit wajah bersih juga lambang keperibadian seorang lelaki hari ini. 

Friday, 5 August 2011

As a man..what should u do?

Pertanyaan ini merujuk pada penampilan seorang lelaki. Yer..seorang lelaki sejati must look like a man, (macho, gentlemen, segak, sasa, etc). Tapi tidak semua lelaki nampak macho, segak, sasa, atau gentlemen bukan?. Jika anda seorang yang tinggi lampai, wajah kacak, tubuh sasa ditambah dengan 'ada brain'..mean anda tampak sempurna secara luaranya. Anda beruntung! How about guys yang pendek, gempal, tak hensem (macam aku ne) nak tampak segak, bergaya, macho, etc etc...? jika ada cermin besar kat dalam bilik tu..berdiri setengah jam dan lihat diri korang. Dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Tengok apa yang lebih apa yang kurang? Dan sebagai langkah permulaan nak nampak like si macho man itu, kenalah ubah. Nah! ne beberapa panduan yang korang kena buat.



1-Mulakan dengan cara pemakanan- Jangan main bedal je ikut suka apa nak makan. Korang still leh makan ikut time macam biasa. Pagi, tengah hari dan malam. Sikit2 adalah makan atau minum time lepak2 petang2 atau lewat malam. Cara pemilihan makanan yang sihat itu paling utama. Breakfast korang leh makan telur, roti and secawan tea atau cofee (jangan terlalu kerap minum cofee). bijirin digalakan. Tengah hari makan nasi dengan lauk yang tak ada kolestrol tinggi. Ikan, sayuran dan buah2an adalah disarankan. Malam, yang ne korang kena makan lebih ringan dari makan tengah hari. Nasi bersama sup sayur + buah-buahan amat menyihatkan. kalau nak makan lauk ayam atau daging, make sure jangan berlebih atau dimasak dengan kandungan minyak berlebihan. Jangan susah payah nak berdiet tak makan nasi, amalkan makan buah semata-mata. Mengarut semua tu...hey internet byk info pemakanan dan diet sihat. Korang follow jer...

2-Work out atau senaman- Risau sekarang takut badan berisi, naik berkilo2. Dah sekarang lelaki pun sama juga macam perempuan tak nak gemuk, berlemak sana-sini. Memang ada sekarang ne lelaki yang sanggup berdiet sampai tak makan nasi. Pelik betul! habis macam mana nak sihat?. Orang kalau, kalau berdiet macam mana pun, tapi taka lakukan senaman atau workout tak guna juga. So, seiring dengan korang duk jaga makan, amalkan jugalah senaman atau work out ne. Tak payah nak kira bayar mahal2 kena ke gym, setakat buat kat rumah mmg berbaloi dan jimat-cermat dah. Amik masa 30 minit je sehari. Berjogging ke, berbasikal ke, kalau yang pandai berenang pegi berenang, yang pandia main bola pegi main bola, dan buatlah apa2 senaman ringan yang korang boleh follow.Contoh kat dalam majalah Maskulin ada tunjuk tu. Cari dan guna alat yang sesuai yang boleh gantikan alatan gym tu.

3-Stail juga perlu- Macam2 stail ada kat muka bumi ne. Orang yang involve dalam fesyen dah cipta macam2 stail, fesyen, aksesori, products dan mcm2 lagi. Tujuaannya bukan untuk jual semata-mata, tapi pada masa yang sama mengajar kita untuk pilih apa stail, pakaian, aksesori, produk sesuai untuk diaplikasikan ke tubuh kita ne. Janganlah ikut stail sama je, atau gila sangat duk follow trend, sampai diri sendiri tak ada stail. Nak nmpk segak dan bergaya, kenalah pandai pilih pakaian. Kalau tahu tubuh tu besar tong drum, jangan lah pilih baju saiz xs atau s. Sah2 leh rabak baju tu.korang pun akan nampak macam 'nangka' yang dibalut. Kalau tubuh tu kecik, kerdil, janganlah pulak pakai baju besar macam guni beras pulak. sebab tu lah saiz baju kena tahu. Warna jugak main peranan. kalau rasa gelap kulit tu, xpayahlah pakai baju warna2 terang. macam tu juga pemilihan aksesori. Lelaki ne, hanya satu dua aksesori kat tubuh dah cukup. cincin satu n jam tangan. Dah cukup. Jangan nak berlebih2. nanti macam perempuan pulak. Oh ya, grooming kenalah juga. Tak perlu berlebih, sekadar cuci muka setiap hari, rambut terurus potong kemas2, dan pakailah pewangi badan kalau rasa ada masalah bau badan atau cepat berpeluh. Takdalah orang nak tutup hidung setiap kali bersebelahan dengan korang.

4-Attitude kena jaga- Makan dah tahu, senaman dah buat, pilihan pakaian pun dah betul, akhirnya kenalah bersikap sebagai seorang lelaki yang 'gentlemen'. Komunikasi perlulah tertib. jangan sesekali bercakap dengan suara meninggi, hormatlah orang lain seperti korang hormati awek korang, mak ngan ayah korang (itu pun kalau ada yang respect). Komunikasi ne adalah sangat penting orang akan anggap siapa kita. Tak percaya? cuba korang try cakap ngan orang baru kenal meninggi-ninggi suara atau cakap perkara2 yang boleh menyinggung hati, sah2 hari tu je dia akan berkawan atau kenal ngan korang. Ego, yer lelaki memanag kaya dengan ego. Untuk tampil hebat seperti si macho, kenalah bertolak ansur dengan ego tu. Tak matinya kalau bersikap rendah diri dan bukan terlalu bertuhankan ego korang tu. Kalau korang buang sikap ego tu, orang lain lagi respect korang ok.

Macam mana? dah faham serba-sedikit nak jadi seorang yang macho, segak, gentlemen, sasa etc etc? Mudah sangat kerana apa yang perlu korang buat, ikut sahaja panduan yang diberi ne. Tengok apa orang akan judge pada diri anda nanti. Selamat mencuba!.

Thursday, 4 August 2011

Salam perkenalan dari Mamat Bajet Hensem

Today is my first post..testing..testing...testing...will updated with full of info soon.